DAY6

Day6
Day6 pada bulan Jun 2018
Dari kiri ke kanan: Wonpil, Sungjin, Dowoon, dan Young K
Maklumat latar belakang
Juga dikenali
sebagai
데이식스
Asal Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2015–kini
Penampilan sulung7 September 2015 (2015-09-07)
melalui karya EP The Day
DiskografiLihat: Day6 discography (en)
Syarikat pengurusan
Syarikat rakamanJYP Entertainment
Studio J (en)
Kegiatan berkaitan
  • Day6 (Even of Day)
Anggota semasa
  • Sungjin
  • Young K
  • Wonpil
  • Dowoon
Bekas anggota
  • Jae
  • Junhyeok
Pautan berkaitan
Tapak sesawangday6.jype.com
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Day6 (Korea데이식스; RR: De-i-sik-seu; digayakan dalam semua huruf besar) ialah sebuah kugiran pop rock dari Korea Selatan di bawah label JYP Entertainment. Kugiran ini memulakan debut pada 7 September 2015 dengan album mini (EP) pertama mereka The Day yang memuncak di No.2 di Billboard World Album Chart seminggu selepas dikeluarkan. Kugiran ini terdiri daripada empat orang ahli: Sungjin, Young K, Wonpil dan Dowoon. Pada asalnya kumpulan enam orang ahli, Junhyeok meninggalkan kumpulan pada 27 Februari 2016 dan Jae meninggalkan kumpulan pada 31 Disember 2021. Semua ahli Day6 banyak terlibat dalam menulis, mengarang dan menghasilkan muzik kumpulan ini.

Pada tahun 2017, kumpulan ini mengeluarkan dua buah lagu setiap bulan dalam setahun untuk projek "Every Day6" mereka. Menjelang akhir projek, 25 buah lagu telah ditambahkan pada diskografi mereka. Dengan genre yang terdiri daripada hard rock dan nyanyian yang ceria hingga balada mellow. Album penuh pertama mereka, Sunrise terdiri daripada lagu-lagu yang dikeluarkan pada separuh pertama projek Every Day6. Ia menduduki nombor 14 di Billboard The 25 Greatest K-Pop Album of the 2010s: Staff List, dan lagu pembukaan projek "I Wait" menduduki tempat ke-81 pada Billboard The 100 Greatest K-Pop Songs of the 2010s: Staff List.