Safarjal

Safarjal
Pokok dan buah Cydonia oblonga
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
Subdivisi:
Subfamilies
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Cydonia

Mill.
Spesies:
C. oblonga
Nama binomial
Cydonia oblonga
Mill.
Sinonim

C. vulgaris

Safarjal (Jawi: سفرجل, dari Arab: سَفَرْجَل; nama saintifik Cydonia oblonga) adalah satu-satunya anggota genus Cydonia dalam cabang Amygdaloideae keluarga Rosaceae iaitu keluarga serumpun dengan buah-buah epal dan pir; malah pokok spesies ini turut menghasilkan buah serupa buah pir berwarna kuning keemasan ketika matang.

Tumbuhan ini bertaburan asal dari lereng berbatu dan pinggiran hutan rantau Asia Barat meluas ke Armenia, Turki, Georgia, Azerbaijan, Iran utara hingga Afghanistan, namun ia sejak kebelakangan ini mampu ditanam pesat di berbagai iklim hingga sejauh Scotland.