Curie

Curie (simbol Ci) adalah satu unit terdahulu bagi keradioaktifan, ditakrifkan sebagai 3.7×1010 pereputan per saat. Ini adalah secara kasarnya aktiviti 1 gram isotop radium 226Ra, satu bahan yang dikaji oleh pelopor-pelopor bidang radiologi, Marie dan Pierre Curie (unit ini dinamakan bersempena mereka). Curie telah digantikan dengan satu unit terbitan SI, becquerel (Bq), yang bersamaan dengan satu pereputan per saat. Oleh itu secara tepatnya:

1 Ci = 3.7 × 1010 Bq = 37 GBq, dan sebaliknya 1 Bq ≅ 2.7027 × 10−11 Ci

Ia masih lagi digunakan kerajaan dan industri A.S., walaupun penggunaannya tidak lagi digalakkan oleh NIST.

Satu unit berdasarkan curie yang agak lazim digunakan ialah mikrocurie:

1 μCi = 3.7 × 104 reputan sesaat = 2.22 × 106 reputan seminit