Crossfire
Crossfire | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Asal | Muar, Johor, Malaysia |
| Genre | Heavy metal, slow rock, rock progresif, rock |
| Pekerjaan | Kugiran |
| Tahun aktif | 1983–1997 |
| Syarikat rakaman | MSO Musica Studio's (Indonesia) |
| Kegiatan berkaitan | Garuda, Handy Black, Mega, Kris, Lefthanded, Rusty Blade |
| Bekas anggota | Isa Rahman (vokal) Aim (vokal) Assu@Burn (gitar utama) Yus (gitar kedua) Lomaq(bes) Yas (bes) Fiq (dram) |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Crossfire merupakan sebuah kumpulan rock yang aktif di Malaysia pada sekitar akhir 80an dan 90an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Sebuah kumpulan yang berasal dari Muar, Crossfire merupakan antara gergasi-gergasi rock dari utara Johor bersama kumpulan-kumpulan Burnmarks, Fair, Metafora, Rajawali, Rio, Mega, Kris, Shine dan Spin. Mereka mula menempa nama di persada industri muzik tanah air menerusi lagu Realiti dan Fantasi.