Singa Muda (pasukan bola sepak Singapura)

Singa Muda
Nama penuhSinga Muda (Pasukan Bolasepak Singapura B-23)
GelaranSinga Muda/Young Lions
StadiumStadium Jalan Besar
Singapura
(Kapasiti: 6,000)
PengurusKalai Selvan
JurulatihTerry Pathmanathan
LigaLiga S
2023ke-9
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

Singa Muda atau Young Lions merupakan pasukan bola sepak bawah-23 tahun dari Singapura. Ramai kalangan mereka merupakan pasukan bawah-23 tahun kebanggsaan Singapura. Pasukan ini dibawah pengurusan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS), tetapi diuruskan seperti kelab bola sepak dan telah bertanding dalam liga tertinggi Singapura – Liga S – sejak 2003. Dengan memasukkan pasukan Singa Muda ini dapat membantu FAS berharap dapat membantu dan memberi pendedahan kepada pasukan ini untuk belajar dan berlatih untuk persediaan untuk pertandingan antarabangsa. Langkah yang dilakukan uleh FAS ini memberi ilham untuk FAM untuk memasukkan pasukan muda ke dalam saingan Liga Malaysia tetapi mengubah tahap umur kepada bawah-19 tahun.

Walaupun pasukan Singa Muda dibarisi oleh pasukan bawah-23 tahun kebangsaan Singapura, pasukan ini ada juga mengambil pemain muda dari negara luar. Namun, pemain luar boleh memasuki pasukan ini jika mereka berpotensi tinggi, maka mereka ditawarkan untuk mengubah status kewarganegaraan mereka kepada Singapura dan dapat memasuki pasukan ini pada masa akan datang.

Stadium utama mereka ialah di Stadium Jalan Besar yang telah dinaiktaraf. Pencapaian terbaik mereka ialah menduduki tempat ketiga Liga S pada 2004 dan 2006.