Counter-Strike: Condition Zero
| Counter-Strike: Condition Zero | |
|---|---|
| Pembangun | Valve Corporation Gearbox Software Ritual Entertainment Turtle Rock Studios |
| Penerbit | Valve Corporation |
| Enjin | GoldSrc |
| Pelantar | Microsoft Windows |
| Dilancarkan pada | 23 Mac 2004 |
| Genre | Penembak diri-pertama |
| Mod | Permainan video berganda, pemain tunggal |
| Pautan luar | |
| Pautan lain | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Counter-Strike: Condition Zero (CZ atau CS: CZ) merupakan sebuah permainan video berganda dan sebuah siri dari Counter-Strike. Permainan ini telah dikeluarkan pada tahun 2004 dengan menggunakan enjin GoldSrc Half-Life. CS: CZ menampilkan mod pemain berganda, yang mempunyai model watak, tekstur, peta dan lain-lain tweak grafik yang sentiasa terkemaskini. Tidak seperti permainan Counter-Strike yang lain, Condition Zero mengandungi pek misi tunggal dengan pemain bermain sebagai ahli kumpulan anti-pengganas bersama bot. Pemain juga dapat membuka peta dan mendapat rakan sepasukan bot baru yang lebih hebat jika menyelesaikan sesuatu misi bagi setiap peta semasa bermain sebagai ahli kumpulan anti-pengganas. Keperluan bagi menyelesaikan sesuatu misi termasuk seperti "membunuh 3 musuh dengan senjata Bullpup" atau "menang pusingan dalam tempoh 60 saat". Bot Counter-Strike juga merupakan asas penting dalam permainan Condition Zero.
Seperti tahun 2008, permainan ini merupakan salah satu daripada sepuluh permainan yang paling kerap dimainkan, menurut GameSpy. 2.9 juta salinan telah dijual.
| Penerimaan | ||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||