Cosmopolitan

Cosmopolitan
EditorJessica Pels
KategoriPerempuan
KekerapanBulanan
Jumlah edaran
(2011)
3,032,211 (AS)
Isu pertama1886 (1886) (sebagai The Cosmopolitan, majalah sastera)
1965 (1965) (sebagai majalah wanita)
SyarikatHearst Communications
NegaraAmerika Syarikat
(juga terdapat di negara lain)
BahasaInggeris
Laman webwww.cosmopolitan.com
ISSN0010-9541

Cosmopolitan ialah majalah fesyen antarabangsa untuk wanita yang dahulunya bertajuk The Cosmopolitan. Cosmopolitan merupakan salah satu majalah paling laris dan disasarkan kepada golongan wanita. Jessica Pels merupakan ketua penyunting majalah Cosmopolitan. Majalah ini pertama kali diterbitkan dan diedarkan pada tahun 1886 di AS sebagai majalah keluarga; ia kemudiannya diubah menjadi majalah sastera dan sejak 1965 telah menjadi majalah wanita. Selalunya dirujuk sebagai Cosmo, kandungannya pada 2011 termasuk artikel membincangkan hubungan, seks, kesihatan, kerjaya, peningkatan diri, selebriti, fesyen, horoskop, dan kecantikan. Diterbitkan oleh Hearst Corporation, Cosmopolitan mempunyai 64 edisi antarabangsa, termasuk Armenia, Australia, Croatia, Estonia, Finlandia, Perancis, Yunani, Hungaria, Amerika Latin, Malaysia, Timur Tengah, Belanda, Portugal, Romania, Rusia, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, dan United Kingdom dan dicetak dalam 35 bahasa yang berbeza dan diedarkan di lebih 110 negara.