Córdoba, Sepanyol
Córdoba
Cordova Qurṭubah قرطبة | |
|---|---|
Perbandaran | |
Bendera Mohor | |
| Negara | Sepanyol |
| Komuniti pemerintahan sendiri | Andalusia |
| Wilayah | Córdoba |
| Comarca | Córdoba |
| Daerah pentadbiran | Córdoba |
| Kerabat Diraja | Kerabat Silva |
| Pentadbiran | |
| • Jenis | Kerajaan Majlis-Datuk Bandar |
| • Badan | Ayuntamiento de Córdoba |
| • Datuk Bandar | Isabel Ambrosio Palos (PSOE) |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 1,255.24 km2 (484.65 batu persegi) |
| Aras | 120 m (390 ft) |
| Penduduk (2008) | |
| • Jumlah | 325,453 |
| • Kepadatan | 260/km2 (670/batu persegi) |
| Demonim | Qurtubi, Kurtubi |
| Zon waktu | UTC+1 (CET) |
| • Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) |
| Poskod | 14001–14014 |
| Bahasa-bahasa rasmi | Sepanyol |
| Laman sesawang | www |
| Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
|---|---|
| Kriteria | Budaya: i, ii, iii, iv |
| Rujukan | 313 |
| Inskripsi | Sesi 1984 (ke-8 ) |
| Lanjutan | 1994 |
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Córdoba, Sepanyol |
Córdoba, Cordova atau Kurtubah (Arab: قُرطُبَة, rumi: Qurṭubah) ialah ibu kota serta bandar raya
wilayah Córdoba, Andalusia, selatan Sepanyol. Terletak di sebelah Sungai Guadalquivir pada 37.88° Utara, 4.77° Barat, bandar raya ini telah diasaskan oleh Claudius Marcellus dengan nama Corduba pada zaman Rom kuno. Pada tahun 2005, jumlah penduduknya adalah 321,164 orang.
Pada hari ini, bandar raya moden yang mempunyai saiz yang sederhana ini mengandungi banyak peringatan seni bina yang menarik tentang zaman ketika Cordoba merupakan sebuah ibu kota yang berkembang maju di bawah Khilafah Cordoba yang memerintah hampir seluruh Semenanjung Iberia. Dianggarkan bahawa Cordoba didiami sehingga 500,000 orang ketika itu, merupakan bandar raya yang kedua terbesar di dunia pada abad ke-10, selepas Byzantium.
Cordoba ialah tempat kelahiran empat orang ahli falsafah yang terkenal:
- Lucius Annaeus Seneca, seorang Rom yang tabah;
- Ibnu Rushd, seorang Islam
- Maimonides, seorang Yahudi
dan mungkin juga Abraham Cohen de Herrera. Cordoba juga merupakan tempat asal Lucan, seorang pemuisi Rom dan lebih terkini, beberapa pelukis flamenko, termasuk Paco Peña, Vicente Amigo, dan Joaquín Cortés.