Conradin

Conrad (25 Mac 1252 – 29 Oktober 1268), juga dikenali sebagai yang Muda atau si Budak, akan tetapi lebih sering dikenali sebagai Conradin (Jerman: Konradin, Itali: Corradino), ialah Duke Swabia (1254–1268, sebagai Conrad IV), Raja Jerusalem (1254–1268, sebagai Conrad III), dan Raja Sicily (1254–1258, de jure sehingga 1268, sebagai Conrad II).

Mahupun bapa beliau, Conrad IV dari Jerman telah mengamanahkan penjagaan Gereja Roman Katolik kepadanya, beliau dibenci dan diburu oleh oleh Paus Innocent II yang juga membenci datuk Conradin, Frederick II. Malah Paus Innocent berusaha untuk memberi kepimpinan Kerajaan Sicily kepada raja asing.