Colo-Colo

Colo-Colo
Nama penuhClub Social y Deportivo Colo-Colo
GelaranLos Albos (Sang Yang Putib)
Eterno Campeón (Johan Pahlawan)
El Cacique (Si Pangeran Penakluk)
Diasaskan19 April 1925 (1925-04-19)
StadiumStadium Monumental David Arellano
(Kapasiti: 50,347)
PresidenAlfredo Stöhwing
Matías Camacho (syarikat)
PengurusDaniel Morón
JurulatihGustavo Quinteros
LigaDivisyen Primera Chile
2024CPD, 1 dari 16
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

(Sebutan Sepanyol: [ˌkolo ˈkolo]) (ejaan Melayu: colo-colo, c jelas seperti menyebut coklat) ialah kelab bola sepak profesional Chile yang berpangkalan di Macul, Santiago. Ditubuhkan pada tahun 1925 oleh David Arellano, mereka bermain di Divisyen Primera Chile, di mana mereka tidak pernah merasakan relegasyen. Pasukan ini bermain di pangkalan mereka sendiri iakni Stadium Monumental David Arellano sejak 1989.

Colo-Colo telah memenangi 33 gelaran Primera División de Chile, lebih daripada mana-mana kelab Chile lain dengan rekod tiga belas kejuaraan Copa Chile. Kelab ini merupakan kelab bola sepak Chile pertama yang memenangi kejohanan benua, memenangi Copa Libertadores 1991 Pada tahun berikutnya, kelab itu terus memenangi dua lagi kejuaraan antarabangsa: Recopa Sudamericana 1992 dan Copa Interamericana 1992,

Penjaring gol terbanyak dalam sejarah kelab itu ialah Esteban Paredes dengan 216 gol, dan pemain dengan penampilan terbanyak ialah penjaga gol Misael Escuti dengan 417 perlawanan.

Colo-Colo ialah kelab paling disokong di Chile, dan mempunyai persaingan dengan Universidad de Chile. Kelab ini juga mempunyai saingan tradisional lain iakni Cobreloa dan Universidad Católica. Pada tahun 2009, IFFHS juga menggelari Colo-Colo sebagai kelab terbaik di Chile bagi abad ke-20, dan tersenarai dalam dua puluh kelab terbaik sepanjang sejarah bola sepak Amerika Selatan.