Claudia Schiffer

Claudia Schiffer
Schiffer pada 2009
Kelahiran
Claudia Maria Schiffer

(1970-08-25) 25 Ogos 1970
Rheinberg, NRW, Jerman Barat
Pekerjaan
  • Model
  • pelakon
  • pereka fesyen
Tahun aktif1989–kini
PasanganMatthew Vaughn (k. 2002)
Rakan kongsi domestikDavid Copperfield (1994–1999)
Anak-anak3
Maklumat pemodelan
Ketinggian180 cm (5 ka 11 in)
Warna rambutBlonde
Warna mataBiru
Agensi
  • d'management group (Milan)
  • Model Management (Hamburg)
Laman web rasmiwww.claudiaschiffer.com
Paparan amaran: Page using Template:Infobox model with unknown parameter "signature"

Claudia Maria Schiffer (lahir 25 Ogos 1970) ialah seorang model, pelakon, dan pereka fesyen Jerman yang menetap di United Kingdom. Beliau terkenal pada 1990-an sebagai salah seorang model paling berjaya di dunia, sekaligus mencapai status supermodel. Di awal kerjayanya, beliau sering dibandingkan dengan Brigitte Bardot.

Beliau telah muncul di lebih dari 1000 muka depan majalah dan memegang rekod sebagai model dengan muka depan majalah terbanyak, tersenarai dalam Guinness Book of World Records. Pada tahun 2002, Forbes menganggarkan nilai bersihnya sekitar AS$ 55 juta.