Keli kayu
| Keli kayu | |
|---|---|
| C. batrachus bertampung; rupa umum dalam akuakultur | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Actinopterygii |
| Order: | Siluriformes |
| Keluarga: | Clariidae |
| Genus: | Clarias |
| Spesies: | C. batrachus
|
| Nama binomial | |
| Clarias batrachus (Linnaeus, 1758)
| |
| Sinonim | |
|
Templat:Specieslist | |
Keli kayu (Clarias batrachus) ialah spesies keli air tawar yang berasal dari Asia Tenggara. Ia dinamakan sebagai walking catfish dalam bahasa Inggeris kerana kebolehannya "berjalan" dan menggeliut menempuh daratan kering untuk mencari makanan mahupun persekitaran yang sesuai. Sungguhpun ia tidak benar-benar berjalan seperti makhluk berkaki empat atau berkaki dua yang lain, ia mampu menggunakan sirip pektoralnya untuk kekal tegak ketika membuat gerakan menggeliut seperti gerakan ular ketika merentasi daratan. Ikan ini biasa hidup di air yang tenang dan kerap bertakung, di kolam, paya, alur dan sungai, termasuk sawah padi atau kolam sementara yang mungkin akan kering. Dengan itu, kemahiran berjalan membolehkan ikan ini berpindah ke persekitaran akuatik yang lain.