Claire Foy

Claire Foy
Foy di acara untuk First Man pada 2018
Kelahiran
Claire Elizabeth Foy

(1984-04-16) 16 April 1984
Stockport, Greater Manchester, England
Pusat pendidikanUniversiti Liverpool John Moores
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2008–kini
PasanganStephen Campbell Moore (k. 2014; c. 2018)
Anak-anak1

Claire Elizabeth Foy (dilahirkan pada 16 April 1984) ialah seorang pelakon wanita Inggeris. Beliau belajar berlakon di Liverpool John Moores University dan Oxford School of Drama dan membuat kemunculan sulungnya dalam siri komedi ghaib Being Human pada tahun 2008. Berikutan dari kemunculan pentas profesional pertamanya di National Theatre Royal, beliau menjayakan peranan tajuk dalam siri mini BBC One Little Dorrit (2008), dan membuat kemunculan filem pertama beliau dalam drama fantasi sejarah Amerika Season of the Witch (2011). Berikutan peranan utama dalam siri televisyen The Promise (2011) dan Crossbones (2014), Foy menerima pujian untuk menjayakan watak ratu yang tidak bersalah Anne Boleyn dalam siri mini Wolf Hall (2015).