Cinta platonik

Sayang adalah perasaan kuat saling berapatan terbuka tanpa wujud rasa berahi sesama diri terutamanya sesama kawan sahabat.

Kebanyakan masyarakat Barat lagi-lagi yang berbahasa Inggeris menungkapkan rasa ini sebagai suatu "cinta Plato" (Platonic love) berdasarkan kefahaman kepada karya Symposion ditulis filsuf tersebut. Namun, Plato dan masyarakat tamadun Yunani sebangsanya menungkapkan khusus φιλία philia sesama sahabat yang jauh tidak sama dengan ἔρως érōs yakni cinta cenderung membawa kepada rahi kuat terhadap raga badan seseorang yang dituju. Malah, kitab Ēthika Nikomacheia nukilan Aristoteles mengiyakan takrif philia kepada sayang sesama kawan dan keluarga. Istilah Amor Platonicus, telah digunakan pada awal abad ke-15 oleh Marsilio Ficino menyeertikan daripada "Amor Socraticus," yang merujuk kepada kasih sayang antara Socrates dan murid-muridnya.