Cinta Laura (album)
| Cinta Laura | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh | ||||
| Dilancarkan pada | 27 Februari 2010 (Indonesia) 2 Mac 2010 (Malaysia) | |||
| Dirakamkan pada | Julai 2008 - Disember 2009 | |||
| Genre | Elektropop, pop, R&B, hip hop | |||
| Panjang | 40:04 | |||
| Bahasa | Indonesia, Inggeris | |||
| Syarikat | Sony Music Indonesia, Columbia Records, RCA Records | |||
| Penerbit | Jan Djuhana, Toto Widjojo, DJ Sumantri, Herdiana Kiehl | |||
| Kronologi Cinta Laura | ||||
| ||||
| Single daripada Cinta Laura | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Cinta Laura ialah album studio pertama bagi seorang penyanyi dan pelakon Indonesia iaitu Cinta Laura.Album "Cinta Laura" berada di pasaran Indonesia pada 27 Februari 2010 dan di Malaysia pada 2 Mac 2010 yang diterbitkan oleh Sony Music Entertainment Indonesia. Lagu-lagu dalam album ini berirama rancak membuatkan para pendengar meloncat-loncat ketika mendengarnya. Cinta Laura sangat fasih berbahasa Inggeris dan tidak kekok untuk berbahasa Indonesia.Jadi,di dalam album ini menyelitkan kedua-dua bahasa yang menjadikan lagu-lagu didalam album ini kedengaran unik sekali. Tak usah risau dengan bahasa yang ditampilkan dalam album ini kerana semua lagunya mudah untuk difahami.
Dalam album ini terdapat 10 buah lagu yang berentak catchy dan elektropop. Lagu-lagu yang dimuatkan didalam album ini adalah Cinta Atau Uang, Cape Hati, Shoot Me, Ya Iya Lah, You Say Akj, Kebebasan, We Can Do It, Oh Baby, Guardian Angel dan Let Me Go. Lagu “Cinta Atau Uang” pasti menggamit hati kerana menggabungkan suara seperti kanak-kanak. Terdapat juga lagu berenta balada “Capek Hati” yang mendapat sentuhan dari komposer terkenal Indonesia iaitu Dewiq. Lagu “Shoot Me” kedengaran begitu ganas, dan berentak ala-ala era 80′an atau Ace of Base] yang berentak muzik elektro. Dalam album ini juga dimuatkan dua buah lagu yang diambil dari album Oh Baby Soundtrack iaitu lagu “Oh Baby” dan “We Can Do It” yang merupakan single pertama yang dirakamkan oleh Cinta Laura selama 3 bulan. Lagu-lagu ini telah mendapat sentuhan komposer terkenal Indonesia iaitu Ramadhan, DJ Sumantri, Novi Umar, Teguh D dan Rayen Pasto sebagai guru vokal.