Cinque Terre

Cinque Terre
Tapak Warisan Dunia UNESCO
Sebahagian dari"Cinque Terre and Portovenere" part of Portovenere, Cinque Terre, and the Islands (Palmaria, Tino and Tinetto)
Termasuk
KriteriaBudaya: (ii)(iv)(v)
Rujukan826-001
InskripsiSesi 1997 (ke-21 )
Kawasan4,511.54 he (17.4192 bt2)
Laman sesawangwww.parconazionale5terre.it/Eindex.php
Koordinat44°7′10″N 9°43′00″E / 44.11944°N 9.71667°E / 44.11944; 9.71667
Location of Cinque Terre in Itali

Cinque Terre (sebutan bahasa Itali: [ˈtʃiŋkwe ˈtɛrre]; Liguria: Çinque Tære, "Lima Daratan") ialah suatu kawasan pesisiran dalam Liguria di Provinsi La Spezia barat laut Itali. Ia merangkumi lima perkampungan iaitu Monterosso al Mare, Vernazza, Corniglia, Manarola, dan Riomaggiore.

Kawasan petempatan ini serta muka bumi seratanya dijaga sebagai suatu cagar alam yang ditetapkan sebagai suatu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO kerana kepentingan kawasan tersebut membolehkan penempatan manusia yang berkesinambungan selama beralaf-alaf melalui "interaksi harmoni terjalin antara manusia dan alam" lalu mempengaruhi sosioekonomi masyarakat serantau.