Cincin
Cincin berbentuk bulat, kebiasaannya diperbuat dari logam yang dipakai sebagai perhiasan atau barang kemas pada jari pemakai. Cincin boleh dibuat dari hampir semua bahan keras seperti: kayu, tulang, batu, logam, kaca, batu permata atau plastik. Cincin mungkin dihiasi dengan batu permata seperti intan, batu delima, nilam atau zamrud mahupun batu-batu atau kaca yang lain.
Walaupun orang suka memakai beberapa biji cincin sebagai perhiasan semata-mata, atau sebagai penampilan kekayaan mereka yang mencolok, cincin sebenarnya mempunyai fungsi simbolik dalam hubungannya dengan perkahwinan, pengiktirafan untuk pencapaian yang luar biasa, untuk memaparkan status atau kewibawaan tinggi, sebagai tanda keanggotaan dalam organisasi, dan seumpamanya. Dalam mitos, dongeng, dan fiksyen, cincin sering dikurniakan makna rohani atau ghaib.