Siklid

Cichlid
Layang hias,
Pterophyllum scalare
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Labroidei
Keluarga:
Cichlidae

Heckel, 1840
Subfamili

Astronotinae
Cichlasomatinae
Cichlinae
Etroplinae
Geophaginae
Heterochromidinae
Paratilapiinae
Pseudocrenilabrinae
Ptychochrominae
Retroculinae
Untuk genera, lihat di bawah.

Siklid ialah sejenis ikan daripada keluarga Cichlidae dalam order Labriformes merangkumi juga ikan becok (Labridae), gombing (Pomacentridae) dan surfperch (Embiotocidae). Keluarga ikan daripada spesies ini besar dan pelbagai. Sekurang-kurangnya 1,300 spesies telah diperincikan dari segi saintifik, menjadikan ia salah satu daripada keluarga vertebrata terbesar. Spesies-spesies baru ditemui pada setiap tahun, kebanyakannya masih belum diperincikan. Jumlah sebenar spesies ini tidak diketahui, dengan anggaran antara 1,300 sehingga 3,000 spesies.

Banyak spesies siklid ialah ikan makanan penting; yang paling biasa dimakan ialah pelbagai spesies tilapia. Beberapa siklid yang lebih besar, seperti spesies Cichla, dinilai sebagai ikan buruan. Keluarga Cichlidae juga termasuk banyak ikan air tawar yang dapat dicam oleh penggemar akuarium; ikan bidadari, ikan oskar, dan ikan diskus merupakan contoh terkenal ikan tersebut.

Ada jenis siklid yang telah menjadi perosak selepas dipindahkan ke perairan di luar julat semula jadinya. Sebaliknya, banyak spesies siklid juga terancam; contohnya di Tasik Victoria ada banyak spesies yang hampir pupus atau sudah dipupuskan.