Cicak tanpa kaki
Cicak tanpa kaki boleh memaksudkan mana-mana kelompok Lacertilia yang kehilangan kaki atau mengecutkan kaki hingga tiada perlunya dalam gerak alih. Inilah nama am untuk famili Pygopodidae, tetapi turut memaksudkan kelompok-kelompok yang lain seperti Anguidae. Cicak jenis ini mudah dibezakan dengan ular berdasarkan sifat-sifat yang berikut: berkelopak mata, bertelinga luaran, tiada sisik perut yang lebar, dan/atau ekor yang sangat panjang (sedangkan ular berbadan panjang dan berekor pendek).
Kebanyakan famili Lacertilia telah mengembangkan ketiadakakian secara sendirian atau banyak mengecutkan kaki-kakinya (yang dianggap tidak berfungsi dalam gerak alih), termasuk contoh-contoh yang berikut:
- Anguidae – kebanyakan spesies tanpa kaki, termasuk genus-genus Ophisaurus dan Anguis.
- Cordylidae – genus Chamaesaura.
- Pygopodidae – ahli-ahli ini dipanggil cicak tanpa kaki kerana ketiadaan kaki hadapan sementara kaki belakangnya tinggal tunggul.
- Dibamidae – semua ahli famili ini merupakan pengorek lubang tanpa kaki yang hampir buta atau buta sama sekali.
- Anniellidae – semua ahli famili ini tiada kaki.
- Gymnophthalmidae – Banyak spesies tanpa kaki dan hampir tiada kaki.
- Scincidae – Banyak spesies tanpa kaki dan hampir tiada kaki.
- Gerrhosauridae – Beberapa spesies tanpa kaki atau berkaki tunggul.