Christina Perri
Christina Perri | |
|---|---|
Perri pada 2013 | |
| Maklumat latar belakang | |
| Nama lahir | Christina Judith Perri |
| Juga dikenali sebagai | Christina |
| Kelahiran | 19 Ogos 1986 Bensalem, Pennsylvania, USA |
| Warganegara | Amerika Syarikat |
| Genre | |
| Pekerjaan |
|
| Alat muzik | |
| Tahun aktif | 2008–kini |
| Diskografi | Lihat: Christina Perri discography (en) |
| Syarikat rakaman | Atlantic |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | christinaperri |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Christina Judith Perri (lahir 19 Ogos 1986) ialah penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat. Selepas lagunya, "Jar of Hearts" muncul dalam rancangan televisyen So You Think You Can Dance pada 2010, Perri menandatangani kontrak dengan Atlantic Records dan menerbitkan EP pertamanya, The Ocean Way Sessions. Album sulungnya, Lovestrong (2011), menyusul kemudian dan telah menerima pensijilan platinum daripada Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA).
Perri juga mendapat perhatian kerana menulis dan menerbitkan "A Thousand Years", muzik tema filem The Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 2 (2012), yang muncul dalam runut bunyinya. Lagu itu telah terjual sebanyak 4 juta unit di Amerika Syarikat, menerima pensijilan 4× platinum. Beliau kemudian pelancarkan EP keduanya, A Very Merry Perri Christmas (2012), diikuti oleh album studio pertamanya, Head or Heart (2014).