Christie's
Christie's ialah sebuah syarikat seni dan syarikat lelongan seni halus. Pada masa ini, Christie's merupakan syarikat lelong seni yang terbesar di dunia, dengan jualan sebanyak $3.5 bilion dolar Amerika pada setengah pertama tahun 2012. Jumlah ini merupakan jumlah tuntas yang tertinggi dalam sejarah pasaran seni dalam sejarah.
Dokumentasi rasmi syarikat menyatakan bahawa pengasasnya, James Christie, membuat lelongan pertamanya di London, England pada 5 Disember 1766, dan katalog lelong terawal yang masih kekal dengan syarikat ini bertarikh Disember 1766. Walau bagaimanapun, sumber-sumber lain menyatakan bahawa Christie menyewa bilik lelong bermula dari tahun 1762. Iklan surat khabar Christie's dalam tahun 1759 juga dapat dikesan.