Chris Colfer
Chris Colfer | |
|---|---|
Colfer pada 2013 | |
| Kelahiran | Christopher Paul Colfer 27 Mei 1990 Clovis, California, A.S. |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 2009–kini |
Christopher Paul Colfer (dilahirkan pada 27 Mei 1990) ialah seorang pelakon, penyanyi dan penulis Amerika Syarikat. Beliau mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi watak lakonannya Kurt Hummel di siri televisyen muzikal Glee (2009-15). Lakonan Colfer sebagai Kurt menerima pujian kritis yang beliau telah menerima beberapa anugerah, termasuk Pelakon Pembantu Terbaik dalam Siri, Minisiri atau Filem Televisyen di Anugerah Golden Globe 2011 dan tiga Anugerah Pilihan Rakyat berturut-turut untuk Pelakon TV Komedi Kegemaran pada tahun 2013, 2014 dan 2015. Pada April 2011, Colfer telah dinamakan sebagai salah satu daripada senarai 100 orang yang paling berpengaruh oleh majalah Time.