Chengdu J-10

J-10 Vigorous Dragon
Sebuah J-10B membawa peluru berpandu udara ke udara PL-8 dan PL-12
Peranan Pesawat tempur pelbagai peranan
Pengeluar Chengdu Aircraft Corporation
Mula digunakan 2004
Status Aktif
Dikeluarkan 2002–kini
Jumlah dibina 600+ (Setakat 2024)

Chengdu J-10 (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Jiān Shí, bermaksud "Pembinasa (Pejuang) 10") adalah sebuah pesawat pejuang pelbagai peranan generasi ke-4.5 yang telah direka dan dikeluarkan oleh firma Perbadanan Industri Pesawat Chengdu dengan bantuan teknologi luar negara untuk kegunaan Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat. Di Barat pesawat ini dikenali sebagai "Vigorous Dragon". Pesawat J-10 direka untuk berperanan sebagai sebuah pesawat pejuang dan pesawat pengebom ringan dan boleh dioperasikan pada waktu siang / malam dalam semua keadaan cuaca.

Program pesawat pejuang generasi baru, J-10 kekal diklasifikasikan sebagai suatu projek rahsia besar sehingga 29 Disember 2006, apabila Agensi Berita Xinhua secara rasminya mendedahkan status perkhidmatan aktinya bersama angkatan udara China.