Charo Santos-Concio
Charo Santos-Concio | |
|---|---|
| Presiden, ABS-CBN Corporation | |
| Dalam jawatan 3 Mac 2008 – 31 Disember 2015 | |
| Didahului oleh | Eugenio Lopez III |
| Digantikan oleh | Carlo Katigbak |
| CEO, ABS-CBN Corporation | |
| Dalam jawatan 1 Januari 2013 – 31 Disember 2015 | |
| Didahului oleh | Eugenio Lopez III |
| Digantikan oleh | Carlo Katigbak |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | María Rosario Santos y Navarro 27 Oktober 1955 Legazpi, Albay, Filipina |
| Pasangan | Cesar Rafael Concio Jr. |
| Anak | Cesar Francis S. Concio Martin S. Concio |
| Tempat belajar | Universiti St. Paul Manila |
| Pekerjaan | Ketua Pegawai Kandungan ABS-CBN Corporation Presiden Universiti ABS-CBN Pengacara Maalaala Mo Kaya Penerbit filem dan televisyen |
María Rosario Santos y Navarro de Concio atau lebih dikenali sebagai Charo Santos-Concio atau Charo Santos (lahir 27 Oktober 1955), ialah seorang eksekutif media dan pelakon wanita Filipina. Beliau merupakan pengacara rancangan Maalaala Mo Kaya, siri drama televisyen antologi paling lama di Asia. Dari 2012 hingga 2016, beliau memgang jawatan CEO ABS-CBN Corporation, konglomerat media terbesar Filipina. Beliau kini memegang jawatan Ketua Pegawai Kandungan dan Presiden Universiti ABS-CBN. Santos-Concio menjadi peranan penting dalam penerbitan TV dan filem di Filipina.
Pada 3 Mac 2008, beliau dinaikkan pangkat sebagai presiden kelima ABS-CBN Broadcasting Corporation dan bertanggung jawab ke atas portofolio perniagaan syarikat, mengambil alih dari presiden Eugenio López III. Beliau mengambil alih jawatan sebagai CEO selepas López bersara pada 31 Disember 2012.