Charlotte dari Mecklenburg-Strelitz
| Charlotte dari Mecklenburg-Strelitz | |||||
|---|---|---|---|---|---|
Ratu Charlotte oleh Nathaniel Dance-Holland, 1768. | |||||
| Permaisuri Great Britain dan Ireland Ratu Hanover | |||||
| Tempoh | 8 September 1761 – 17 November 1818 | ||||
| Kemahkotaan | 22 September 1761 | ||||
| Keputeraan | 19 Mei 1744 Mirow, Empayar Rom Suci | ||||
| Kemangkatan | 17 November 1818 (umur 74) Istana Kew, Kew, England | ||||
| Pemakaman | 2 Desember 1818 Kapel St. George, Istana Windsor, England | ||||
| Pasangan | George III | ||||
| Anakanda |
| ||||
| |||||
| Kerabat | Wangsa Mecklenburg-Strelitz | ||||
| Ayahanda | Charles Louis Frederick dari Mecklenburg | ||||
| Bonda | Putri Elizabeth Albertine dari Saxe-Hildburghausen | ||||
Charlotte dari Mecklenburg-Strelitz (Sophia Charlotte; 19 Mei 1744 - 17 November 1818) adalah permaisuri Raja George III sejak perkahwinan mereka pada 8 September 1761 melalui penyatuan Britain and Ireland pada 1800 sampai kemangkatannya tahun 1818 selama 57 tahun dan 70 hari.
Baginda memperkenalkan adat menghiasi rumah dengan pokok Krismas dalam kalangan masyarakat Barat dari yang lazim dalam keraian Krismas di Mecklenburg-Strelitz utara Jerman tempat asalnya; hiasan pokok Krismas pertama di England dipamerkan di Queen's Lodge, Windsor untuk suatu jamuan besar dijemput kepada semua anak-anak warga sebandar; pokok tersebut dihiasi meriah beraneka hiasan dan buah. Tradisi ini menyebar dalam kalangan masyarakat kebanyakan dan bangsawan Inggeris dan British; ia kemudian tersebar serata jajahan Empayar British.