Charlie Watts

Charlie Watts
Watts, Jun 1965
Maklumat latar belakang
Nama lahirCharles Robert Watts
Juga dikenali
sebagai
Charliethe Wembley WhammerCharlie Boy
Kelahiran(1941-06-02)2 Jun 1941
Bloomsbury, London, England
AsalWembley, Middlesex, England
WarganegaraUnited Kingdom
Meninggal dunia24 Ogos 2021(2021-08-24) (umur 80)
London, England
Genre
PekerjaanPemuzik, komposer, penerbit rakaman
Alat muzikDram
Tahun aktif1959–2021
Syarikat rakamanDecca, Rolling Stones, Virgin
Anggota bagiThe Rolling Stones
Blues Incorporated
Blues By Six
Willie and the Poor Boys
The ABC&D of Boogie Woogie
Rocket 88
All-Stars
Kegiatan berkaitanBlues Incorporated, The Rolling Stones, the Charlie Watts Tentet
Anggota keluarga/pasangan
Suami/isteriShirley Watts (en)
AnakSeraphina Watts (mul)
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Charles Robert Watts (2 Jun 1941 – 24 Ogos 2021) merupakan seorang pemuzik Inggeris yang terkenal sebagai pemain dram bagi kugiran The Rolling Stones dari 1963 hingga kematiannya 2021. Sebagai ahli utama kugiran, beliau bersama-sama vokalis Mick Jagger dan gitaris Keith Richards, merupakan mereka yang berjaya dirakam dalam setiap album studio. Beliau menyifatkan jazz sebagai pengaruh utama dalam gaya permainan dramnya.

Beliau pada asalnya berlatih sebagai pereka bentuk grafik. Beliau berminat dalam genre jazz pada zaman mudanya, dan menyertai kugiran Blues Incorporated. Watts juga pada awalnya bermain dram dalam kelab-kelab rhythm and blues sekitar London, di mana beliau menemui bakal-bakal rakan kugiran, Richards dan Brian Jones.

Pada Januari 1963, beliau keluar daripada Blues Incorporated lalu menyertai Rolling Stones sebagai pemain dram serta menjadi pereka seni bagi sarung rakaman serta jelajah kugiran. Beliau mula bermain sebagai ahli tetap pada Februari 1963, dan kekal hingga kematiannya pada Ogos 2021. Selain itu, beliau juga terlibat dengan kugirannya sendiri, Charlie Watts Quintet, dan muncul di Ronnie Scott's Jazz Club di London bersama dengan Charlie Watts Tentet. Watts meninggal dunia di hospital London pada 24 Ogos 2021 di sisi keluarganya.