Charlie Puth

Charlie Puth
Puth membuat persembahan pada 2016
Maklumat latar belakang
Nama lahirCharles Otto Puth, Jr.
Juga dikenali
sebagai
CharlieCharlesOtto
Kelahiran (1991-12-02) 2 Disember 1991
Rumson, New Jersey, U.S.
WarganegaraAmerika Syarikat
Genre
  • R&B
  • pop
  • soul
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Penulis lagu
  • Pengeluar rakaman
Alat muzik
  • Vokal
  • piano
Tahun aktif2009–sekarang
Diskografi
Karya terkenal
Syarikat rakaman
Anggota keluarga/pasangan
Suami/isteriBrooke Sansone (mul)
Pasangan/bekas pasanganBrooke Sansone (2022–)
IbuDebra Puth (mul)
BapaCharles Otto Puth Sr. (mul)
Adik-beradikStephen Puth (en)
Mikaela Puth (mul)
Pautan berkaitan
Tapak sesawangcharlieputh.com
Pautan lain
Tandatangan
sunting · sunting di Wikidata

Charles Otto "Charlie" Puth, Jr. (/pθ/; lahir 2 Disember 1991) adalah penyanyi, penulis lagu, pengatur, dan pengeluar rakaman Amerika. Puth mendapat populariti secara viral dengan menyiarkan kerja-kerjanya ke YouTube. Puth mengeluarkan dua extended play (EP), The Otto Tunes (2010) dan Ego (2013), sebagai seorang artis bebas. Pada tahun 2015, beliau telah menandatangani kontrak dengan Atlantic Records dan melancarkan single debut "Marvin Gaye", yang turut menampilkan vokal dari Meghan Trainor. Single ini telah disahkan dua kali Platinum di Australia, mengungguli carta di New Zealand, Ireland, dan United Kingdom, dan memuncak pada nombor 21 di Billboard Hot 100 Amerika Syarikat. Puth merupakan penulis dan pengeluar bersama di dalam sebuah lagu yang telah digandingkan dengan Wiz Khalifa, "See You Again", yang termasuk dalam soundtrack Furious 7 sebagai satu penghormatan kepada mendiang Paul Walker. Pada 1 Mei 2015, Puth mengeluarkan EP, Some Type of Love. Pra-pesanan untuk album studio debut Puth ini Nine Track Mind bermula pada 20 Ogos 2015 bersama-sama dengan single kedua One Call Away, dan album ini dikeluarkan pada 29 Januari 2016.

Pada 21 April 2017, dia mengeluarkan single terbarunya, "Attention", daripada album keduanya, Voicenotes. Lagu ini menduduki tempat ke 5 pada Billboard Hot 100.