Charles Édouard Guillaume
Charles Édouard Guillaume (15 Februari 1861, di Fleurier, Switzerland - 13 Mei 1938, di Sèvres, Perancis) ialah seorang ahli fizik Switzerland yang menerima Hadiah Nobel dalam Fizik pada tahun 1920 sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang diberikannya kepada pengukuran yang tepat dalam fizik oleh penemuan anomali dalam aloi keluli nikel. Pada tahun 1919, beliau memberi kuliah Guthrie kelima di Institut Fizik di London dengan tajuk "The Anomaly of Nickel-Steels".