Chadwick Boseman

Chadwick Boseman
Boseman di San Diego Comic-Con tahun 2017
Kelahiran
Chadwick Aaron Boseman

(1976-11-29) 29 November 1976
Anderson, South Carolina, A.S.
Meninggal dunia28 Ogos 2020(2020-08-28) (umur 43)
Sebab kematianKanser usus
Pusat pendidikanUniversiti Howard (BFA)
British American Drama Academy
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penerbit
Tahun aktif1993–2020
PasanganTaylor Simone Ledward

Chadwick Aaron Boseman (29 November 1976 – 28 Ogos 2020) ialah pelakon dan penerbit Amerika Syarikat. Beliau telah menggambarkan beberapa tokoh sejarah kehidupan nyata, seperti Jackie Robinson dalam 42 (2013), James Brown dalam Get on Up (2014), dan Thurgood Marshall dalam Marshall (2017). Beliau juga pernah berlakon sebagai adiwira Black Panther dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe, termasuk Black Panther (2018), di mana beliau memenangi NAACP Image Award dan Screen Actors Guild Award, Captain America: Civil War (2016), Avengers: Infinity War (2018), dan Avengers: Endgame (2019).

Filem lain lakonan Boseman termasuk 21 Bridges (2019) dan Da 5 Bloods (2020). Beliau meninggal pada usia 43 tahun, setelah secara peribadi menangani barah usus selama empat tahun.