Cerucuh

Cerucuh (juga ditulis sebagai cheruchoh, charochah, cheruchup, cerucah, dan cerucup) adalah perahu dagang kecil Melayu kuno. Salah satu rekod terawal cerucuh berlatar belakang abad ke-14, disebut dalam Sejarah Melayu yang dikarang tidak lebih awal daripada abad ke-17. Dicatat bahwa ia digunakan oleh kerajaan Majapahit selama serangan Majapahit pertama ke Singapura (1350). Sejarah Melayu mencatat:

Maka betara Majapahitpun menitahkan hulubalangnya berlengkap perahu akan menyerang Singapura itu, seratus buah jung; lain dari itu beberapa melangbing dan kelulus, jongkong, cerucuh, tongkang, tiada terhisabkan lagi banyaknya.