Cengal

Cengal
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Dipterocarpaceae
Subkeluarga: Dipterocarpoideae
Genus: Neobalanocarpus
P.S.Ashton
Spesies:
N. heimii
Nama binomial
Neobalanocarpus heimii
(King) P.S.Ashton

Cengal (Neobalanocarpus heimii) ialah spesies pokok kayu keras yang amat popular. Kawasan taburan semula jadi pokok ini terhad di Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand.

Cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain dan tergolong dalam keluarga Dipterocarpaceae iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar.