Casio Loopy

Casio Loopy
PengilangCasio
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi kelima
Ketersediaan runcit 19 Oktober 1995
CPU32-bit RISC SH-1
InputAlat pengawal, tetikus
Kameratiada
PendahuluPV-1000

Casio Loopy (ルーピー, Rūpī), merupakan konsol permainan video 32-bit yang dijual secara eksklusif di Jepun. Dikeluarkan pada bulan Oktober 1995, konsol ini mensasarkan kepada golongan wanita. Konsol ini mempunyai pencetak haba terbina yang digunakan untuk mencetak pelekat yang mempunyai gambar tangkap layar dari permainan yang dimainkan. Aksesori tambahan yang diberi nama Magical Shop membolehkan konsol ini berhubung dengan peranti lain seperti VCR dan pemain DVD untuk mendapatkan imej tambahan atau menambah aksara.