Casey Affleck

Casey Affleck
Affleck ketika tayangan perdana Manchester by the Sea
Kelahiran
Caleb Casey McGuire Affleck-Boldt

(1975-08-12) 12 Ogos 1975
Falmouth, Massachusetts, A.S.
Pusat pendidikanUniversiti George Washington
Universiti Columbia
PekerjaanPelakon, pengarah filem, penulis skrip, penerbit
Tahun aktif1988–kini
PasanganSummer Phoenix (k. 2006; c. 2017)
Anak-anak2
SaudaraBen Affleck (abang)
Joaquin Phoenix (abang ipar)
Rain Phoenix (kakak ipar)

Caleb Casey McGuire Affleck-Boldt (lahir 12 Ogos 1975), lebih dikenali sebagai Casey Affleck ialah seorang pelakon, pengarah filem, penulis skrip dan penerbit Amerika Syarikat. Beliau mula mendapat perhatian selepas lakonannya dalam To Die For (1995), Good Will Hunting (1997) dan Gerry (2002). Beliau muncul dalam trilogi Ocean (2001–2007), sebagai Virgil Maloy.

Affleck mendapat perhatian meluas pada tahun 2007, selepas membintangi The Assassination of Jesse James by the Coward Robert Ford, dimana beliau menerima satu pencalonan Anugerah Akademi untuk kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik dan Gone Baby Gone, diarahkan oleh abangnya Ben. Pada tahun 2010, beliau mengarahkan I'm Still Here, dibintangi Joaquin Phoenix. Beliau juga menerima pujian meluas untuk lakonannya dalam Out of the Furnace dan Ain't Them Bodies Saints (kedua-duanya pada tahun 2013).