Kerakah

Kerakah (disebut [kĕ.ra.kah], Jawi: کراکه; bahasa Inggeris: carrack, bahasa-bahasa Portugis dan Sepanyol: carraca) ialah sejenis kapal layar bertiang tiga atau empat yang lazim dibina dan digunakan pada kurun ke-14 hingga kurun ke-15 di Eropah (terutamanya oleh Empayar Portugal). Ia merupakan evolusi daripada kapal cog yang bertiang tunggal. Kapal ini pertama kali digunakan untuk laluan perdagangan Eropah bermula di Mediterranean sehingga ke Baltik; kemudian laluan perdagangan trans-Atlantic yang menguntungkan di antara Eropah, Afrika dan kemudian Amerika.

Ia lazim digunakan oleh pelayar-pelayar Portugal untuk tujuan perdagangan antara Eropah dan Asia bermula pada akhir kurun ke-15 sebelum munculnya jenis geliung kapal ini pada kurun ke-16 menjadi kapal lebih dikehendaki untuk tujuan pengangkutan lalu kapal jenis kerakah tidak lagi digunakan pada kurun ke-17.