Carpi F.C. 1909

Carpi
Nama penuhCarpi Football Club 1909 S.r.l.
Gelarani Biancorossi (Si Merah Putih)
Diasaskan1909
StadiumStadio Sandro Cabassi
(Kapasiti: 4,144)
PengerusiClaudio Caliumi
PengurusFabrizio Castori
LigaSerie B
2015-16Serie A, ke-18 (disingkirkan)
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Musim semasa

Carpi Football Club 1909 merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan di Carpi yang terletak di Wilayah Modena. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1909 dan dibentuk semula pada tahun 2000.

Warna-warna kelab ialah merah dan putih sekali gus diberi nama samaran "Biancorossi". Pada penghujung musim 2012–13, Carpi memperoleh kenaikan pertamanya ke Serie B. Pada 28 April 2015, Biancorossi merangkul kenaikan pertama bersejarah ke Serie A tetapi buat hanya satu musim.

Sepanjang sejarahnya, Biancorossi telah merangkul beberapa kejuaraan Lega Pro Seconda Divisione; satu gelaran Serie B dan Serie C dan empat kejuaraan Serie D. Di peringkat daerah, Carpi telah memenangi gelaran Promozione, Prima Divisione dan dua Prima Categoria.