Caroline Herschel
Caroline Herschel | |
|---|---|
Caroline Herschel pada usia 78 tahun, setahun setelah memenangi pingat emas dari Royal Astronomical Society pada tahun 1828 | |
| Kelahiran | Caroline Lucretia Herschel 16 Mac 1750 Hannover, Elektorat Hannover, Empayar Suci Rom |
| Meninggal dunia | 9 Januari 1848 (umur 97) Hanover, Kerajaan Hannover, Gabungan Jerman |
| Warganegara | Jerman |
| Terkenal kerana | Penemuan beberapa komet |
| Anugerah | Pingat Emas Royal Astronomical Society (1828) Pingat Emas Prusia untuk Bidang Sains (1846) |
| Kerjaya saintifik | |
| Bidang | Astronomi |
Caroline Lucretia Herschel (/ˈhɜːrʃəl, ˈhɛər-/; 16 Mac 1750 - 9 Januari 1848) ialah seorang ahli astronomi Jerman, yang sumbangannya paling signifikan terhadap astronomi ialah penemuan beberapa komet, termasuk komet berkala 35P/Herschel–Rigollet, yang menggunakan namanya. Beliau ialah adik perempuan ahli astronomi William Herschel, yang bekerja dengannya sepanjang kerjayanya.
Beliau merupakan wanita pertama yang menerima gaji sebagai saintis, sekaligus menjadi wanita pertama di England yang memegang jawatan kerajaan. Beliau juga ialah wanita pertama yang dianugerahkan Pingat Emas Persatuan Astronomi Diraja (1828), dan dinobatkan sebagai Ahli Kehormat dari Persatuan Astronomi Diraja (1835, bersama Mary Somerville). Beliau juga dinobatkan sebagai anggota kehormat Akademi Diraja Ireland (1838). Raja Prusia menghadiahkannya Pingat Emas untuk Sains pada hari ulang tahunnya yang ke-96 (1846).