Carmen

Senarai opera Georges Bizet

La prêtresse (1854)
Le docteur Miracle (1857)
Don Procopio (1859)
Les pêcheurs de perles, opera (1863)
Ivan IV (tidak habis)
La jolie fille de Perth (1867)
Noé (1869)
L'Arlésienne Suites (1872)
Djamileh (1872)
Carmen (1875)

Carmen ialah opera empat babak Perancis hasil gubahan penggubah Georges Bizet. Libreto opera ini ditulis di dalam bahasa Perancis oleh Henri Meilhac dan Ludovic Halévy, berdasarkan cerita yang ditulis oleh Prosper Mérimée. Opera ini pertamakali dipersembahkan di Opéra Comique di Paris pada Mac 3, 1875. Pada tahun pertama selepas persembahan pembukaannya, opera ini dianggap sebagai sebuah opera yang gagal dan dikritik sebagai tidak bermoral dan berkisarkan cerita karut.

Cerita opera ini berkenaan dengan Carmen, seorang gadis gipsi yang jelita namun bersifat panas baran. Beliau ialah seorang yang amat bebas dalam percintaan dan menggoda seorang askar berpangkat korporal bernama Don José. Hubungan mereka menjurus Don José kepada pemberontakan terhadap pegawai beliau dan kemudiannya menjadikan beliau seorang penjenayah. Cerita ini berakhir dengan pembunuhan Carmen apabila Don José kehilangan Carmen kepada Escamillo, seorang matador. Beberapa aria dan lagu orkestra terkenal sehingga ke hari ini diambil dari opera ini seperti Prélude (overtur), Lagu Toréador dan Habanera.

Opera ini adalah antara yang paling terkenal di dunia sehingga ke hari ini dan menjadi satu tapak untuk standard repertoir opera. Carmen muncul sebagai opera nombor 4 yang paling kerap dipersembahkan di utara Amerika.