CariDee English
| CariDee English | |
|---|---|
| Nama kelahiran | CariDee English |
| Tarikh lahir | 22 Mei 1985 |
| Tempat lahir | Fargo, North Dakota |
| Warna rambut | Perang muda |
| Warna mata | Hijau |
| Tinggi | 5 ft 11 in (1.8 m) |
| Ukuran | 32B-24-36(AS); 83-62-91(EU) |
| Saiz baju | (AS) 6 |
| Saiz kasut | |
| Agensi | Elite Model Management |
| Nama gelaran | Cari |
| Suami | |
CariDee English (dilahirkan 22 Mei 1985 di Fargo, North Dakota) adalah seorang model fesyen Amerika Syarikat dan personaliti TV yang berketurunan Sweden dan Norway. Pada Disember 2006 beliau telah dinobatkan juara Musim 7 bagi America's Next Top Model. Hadiah yang telah dimenangi beliau adalah berupa kontrak $100,000 dengan CoverGirl Cosmetics, kontrak permodelan bersama Elite Models Management, dan liputan fesyen sebanyak 6 muka surat dan muka depan majalah Seventeen. Beliau adalah pemenang yang kedua ANTM yang berasal dari North Dakota, selepas Nicole Linkletter yang memenanginya pada musim kelima.