Cardi B


Cardi B
Cardi B mengadakan persembahan di Openair Frauenfeld 2019
Kelahiran
Belcalis Marlenis Almánzar

(1992-10-11) 11 Oktober 1992
WarganegaraAmerika
Pekerjaan
  • Rapper
  • penulis lagu
  • personaliti televisyen
Tahun aktif2015–kini
PasanganOffset (k. 2017)
Anak-anak1
SaudaraHennessy Carolina (kakak)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
DiskografiLihat: Cardi B discography (en)
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan
  • Migos
  • Offset
  • Pardison Fontaine

Belcalis Marlenis Almánzar (lahir 11 Oktober 1992) yang lebih dikenali sebagai Cardi B, ialah seorang rapper Amerika Syarikat. Dilahirkan dan dibesarkan di The Bronx, New York City, beliau pertama kali menarik perhatian kerana membincangkan mengenai kerjayanya sebagai penari bogel di media sosial; beliau menjadi selebriti internet melalui Instagram.

Dari 2015 hingga 2017, beliau tampil sebagai pelakon tetap di siri televisyen VH1, Love & Hip Hop: New York. Pada Februari 2017, beliau menandatangani kontrak rakaman bersama Atlantic Records. Single sulungnya untuk Atlantic, berjudul "Bodak Yellow", mencapai nombor satu di carta Billboard Hot 100 Amerika Syarikat, menjadikan beliau sebagai rapper wanita kedua yang berjaya mencapai kedudukan pertama dengan lagu solo. Single ini dimuatkan dalam album studio sulungnya Invasion of Privacy (2018).