Carburetor Dung

Carburetor Dung
AsalMalaysia
GenreRock / punk rock
Tahun aktif1991
Kegiatan berkaitanBerkumpulan
Pautan berkaitan
Tapak sesawangcarburetordung.kerbau.com
Pautan lain
sunting ยท sunting di Wikidata


Kumpulan Carburetor Dung merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Carburetor Dung adalah kumpulan pemuzik punk rock yang diasaskan di Kuala Lumpur pada tahun 1991 dan masih lagi segar bergiat di dalam pergerakan muzik underground Malaysia sehingga sekarang.

Lain dari kebanyakkan kumpulan muzik underground awalan yang seangkatan dengan mereka yang menjejak langkah ke arena arus perdana (mainstream), setelah mengeluarkan album pertama pada tahun 1993, Carburetor Dung memilih untuk terus beraksi secara DIY (Do-It-Yourself) atau independen, tanpa diikat oleh kontrak dengan syarikat rakaman korporat atau pun mengarapkan paparan media massa arus perdana. Mereka merakam dan mengeluarkan hasil rakaman lagu-lagu mereka dan menjalankan aktiviti mereka secara tersendiri.

Paparan lirik-lirik lagu Carburetor Dung berkisar pada tema-tema kepincangan masyarakat, ketidakadilan, pembodohan rakyat oleh pihak media dan juga warna-warna hidup orang muda di Kuala Lumpur; manakala muzik mereka dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan Punk Rock dari dunia Barat terutama dari England dan Amerika Syarikat disekitar era awal 80an.

Selama ini Carburetor Dung telah menghasilkan dua album iaitu Songs For Friends (1993) dan The Allure of Manure (1999), mereka juga telah menyumbang lagu-lagu mereka kepada beberapa album kompilasi di Malaysia dan juga di luar negara. Pada tahun 2000 sebuah single berbentuk piring hitam 7 inci bertajuk Sheepfarming in Malaysia telah dikeluarkan di London.

Rakaman terbaru mereka adalah sebuah lagu bertajuk "Mari Nyanyi Menjilat", yang dimuatkan didalam kompilasi Radio Malaya dan dikeluarkan pada bulan April 2006.