Tukang Biasa

Tukang kubur
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Caprimulgus
Spesies:
C. macrurus
Nama binomial
Caprimulgus macrurus
(Horsfield, 1821)

Tukang Biasa atau Tukang kubur (Caprimulgus macrurus) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia ditemui di sepanjang kaki bukit Himalaya selatan, timur Asia Selatan, Asia Tenggara, dan utara Australia. Spesies tersebut ialah penduduk negara Australia, Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, China, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Singapura, Thailand, Timor-Leste, dan Vietnam. Habitat semulajadinya ialah hutan tanah pamah lembap subtropika atau tropika, hutan bakau subtropika atau tropika, dan hutan pergunungan lembap subtropika atau tropika.

Di Malaysia, ia kerap dilihat di tanah perkuburan pada waktu malam, maka terhasillah nama lazimnya, iaitu "burung tukang kubur".