Kambing hutan merah

Kambing hutan merah
CITES Appendix I (CITES)
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Bovidae
Subkeluarga: Caprinae
Genus: Capricornis
Spesies:
C. rubidus
Nama binomial
Capricornis rubidus
(Blyth, 1863)
Taburan kambing gurun merah
Sinonim
  • Naemorhedus rubidus
  • Capricornis sumatraensis rubidus

Kambing hutan merah (Capricornis rubidus) ialah sejenis antelop kambing yang dikatakan berasal dari selatan Bangladesh dan utara Myanmar. Ia terkadang dianggap sebagai subspesies bagi C. sumatraensis. Di bahagian timur laut India, kambing hutan merah ditemukan secara meluas di bukit-bukit di selatan sungai Brahmaputra, sungguhpun IUCN menyatakan bahawa spesies ini direkodkan secara tepat hanya di Negeri Kachin di Myanmar, dan yang direkodkan di India itu merujuk kepada kambing hutan Himalaya. Kambing hutan di Asia Selatan dan Tenggara diancam oleh kemusnahan habitat, pemburuan haram dan jangkitan penyakit dari ternakan domestik. Myanmar dan India menghadapi masalah pemburuan yang teruk walaupun terdapat perlindungan undang-undang.