Cap-Haïtien
Cap-Haïtien
Kap Ayisyen | |
|---|---|
Komun | |
Skyline Cap-Haïtien | |
| Nama panggilan: Le Paris des Antilles Paris Antillen | |
Cap-Haïtien Kedudukan di Haiti | |
| Koordinat: 19°45′36″N 72°12′00″W / 19.76000°N 72.20000°W | |
| Negara | Haiti |
| Department | Nord |
| Arondisemen | Cap-Haïtien |
| Ditubuhkan | 1670 |
| Pentadbiran | |
| • Datuk Bandar | Jean Renaud |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 53.5 km2 (20.7 batu persegi) |
| Aras | 0 m (0 ft) |
| Penduduk (Mac 2015) | |
| • Jumlah | 274,404 |
| • Kepadatan | 5,129/km2 (13,280/batu persegi) |
| Demonim | Capois(e) |
| Zon waktu | UTC-5 (Timur) |
| • Musim panas (DST) | UTC-4 (Timur) |
Cap-Haïtien (Perancis: [kap a.i.sjɛ̃]; Kreol Haiti: Kap Ayisyen; bahasa Inggeris: Haitian Cape, lazimnya dieja Cape Haitien) lazimnya digelar Le Cap atau Au Cap ialah sebuah komun dengan jumlah penduduk sebanyak kira-kira 190,000 orang yang terletak di pesisir utara Haiti, dan merupakan ibu kota departmen Nord. Sebelumnya dinamakan Cap‑Français (asalnya Cap-François) serta Cap‑Henri ketika penguasaan Henri I, bandar ini digelar sebagai "Paris Antillen" disebabkan oleh kekayaan dan ketelitiannya yang terserlah melalui karya seni dan seni binanya. Bandar ini mempunyai kepentingan utama ketika zaman penjajahan, yakni sebagai ibu kota tanah jajahan Saint-Domingue Perancis sejak penubuhan rasmi bandar (1711) hingga 1770 apabila taraf ibu kota dipindahkan ke Port-au-Prince.