Cangkir Suci

Cangkir Suci (bahasa Inggeris: Holy Grail, secara literal; Mangkuk Suci) dalam mitologi Kristian merujuk kepada suatu bekas minuman, cawan atau mangkuk yang digunakan Yesus Kristus semasa kejadian Santapan Terakhir beliau bersama Hawari-Hawarinya. Artifak ini dikatakan memiliki kuasa ajaib setelah bekas sama ini digunakan Yusuf dari Arimatea untuk menatang darah Yesus sewaktu menanamnya; bekas ini kemudiannya dipercayai mendapat berkat pengutus ini. Maka, pemilik bekas tersebut menubuhkan sekumpulan penjaga yang memastikan keselamatannya.

Penyebaran lagenda ini telah dikaji-selidik oleh para sejarawan budaya yang menyimpulkan ia hasil mula-mula himpunana beberapa lagenda disatukan dalam bentuk penulisan romantis, mungkin sekali menerapkan beberapa bayangan budaya rakyat sebelum Kristian dan disatukan sebagai sebuah cerita baharu yang lebih umum diketahui. Sesetengah daripada lagenda ini menjalinkan lagenda bersama-sama Holy Chalice.

Bahan tumpuan dalam cerita ini turut menjadi kiasan kepada suatu benda didambakan dalam konteks bahasa Inggeris.