Permaisuri Camilla

Camilla
کاميللا
Potret rasmi, 2019
Permaisuri United Kingdom
dan 14 Negara-negara alam Komanwel
Tempoh8 September 2022 – kini
Kemahkotaan6 Mei 2023
KeputeraanCamilla Rosemary Shand
(1947-07-17) 17 Julai 1947
Hospital King's College, London, England
Pasangan
  • Andrew Parker Bowles (k. 1973; c. 1995)
  • Charles III (k. 2005)
Anakanda
  • Tom Parker Bowles
  • Laura Lopes
KerabatWindsor (melalui perkahwinan)
AyahandaBruce Shand
BondaRosalind Cubitt
Pendidikan
  • Sekolah Queen's Gate
  • Institut Universiti London di Paris

Camilla (Camilla Rosemary Shand; dilahirkan 17 Julai 1947; kemudiannya dikenali sebagai Camilla Parker Bowles) ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Permaisuri United Kingdom dan 14 Negara-negara alam Komanwel. Baginda merupakan Suri kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III.

Camilla dibesarkan di Sussex Timur dan South Kensington di England. Baginda mendapat pendidikan di England, Switzerland, dan Perancis. Pada tahun 1973, baginda berkahwin dengan seorang pegawai Tentera British bernama Andrew Parker Bowles tetapi mereka bercerai pada tahun 1995. Semasa perkahwinan pertama mereka, Camilla dan Charles mempunyai hubungan romantis yang mendapat banyak perhatian daripada media dan orang ramai. Pada tahun 2005, Camilla dan Charles berkahwin dalam upacara sivil di Windsor Guildhall, diikuti dengan upacara pemberkatan denominasi Anglikan di Gereja Kecil St George di Istana Windsor. Sebelum Charles menjadi raja, Camilla dikenali sebagai Duchess Cornwall. Bagaimanapun, apabila Ratu Elizabeth II mangkat pada 8 September 2022, Charles menjadi raja, dan Camilla menjadi permaisuri. Istiadat kemahkotaan atau pertabalan rasmi mereka berlangsung di Westminster Abbey pada 6 Mei 2023.

Sebagai permaisuri, Camilla mengambil bahagian dalam penglibatan awam bersama suaminya, mewakili monarki. Baginda juga terlibat dengan banyak badan amal dan organisasi, sama ada sebagai penaung, presiden, atau ahli. Sejak 1994, baginda telah berkempen untuk meningkatkan kesedaran tentang osteoporosis, penyakit tulang, dan telah menerima penghormatan dan anugerah atas usaha baginda. Selain itu, Camilla menyokong isu seperti rogol, penderaan seksual, celik huruf, kebajikan haiwan dan kemiskinan.