Camembert

Camembert / Camembert de Normandie
JenisWhite mold-rind cheese (en) Keju Peranciskeju susu lembuindustrial cheese (en) kejuProduk tenusu
Asalan
NegaraPerancis
Wilayah, bandarNormandy
LokasiNormandy (en)
Ciri-ciri
Sumber susuLembu
DipasteurkanTidak
TeksturLembut
Tempoh penuaanSekurang-kurangnya 21 hari
sunting ยท sunting di Wikidata

Camembert adalah keju lembut dari susu lembu mentah yang berasal dari daerah Normandy, Perancis. Pada keju yang asli ditambah perkataan "de Normandie" di belakang nama keju tersebut. Keju ini telah mendapat pensijilan AOC pada tahun 1983 yang menentukan bahawa keju tersebut hanya boleh dihasilkan di Normandy, Perancis dengan kaedah pengeluaran yang telah ditetapkan. Keju ini mempunyai persamaan dengan keju Brie dalam proses pembuatannya yang juga berasal dari Perancis tetapi Camembert dihasilkan dalam bentuk yang lebih kecil. Disebabkan ukurannya yang berbeza maka proses pematangannya pun memberikan hasil yang berbeza pada Camembert. Keju Camembert mempunyai rasa yang lebih kuat berbanding Brie. Camembert baik disajikan dalam suhu bilik kerana keju ini mudah meleleh apabila terkena haba.