Callisto (bulan)

Callisto
كاليستو
Pemandangan rupa muka Callisto yang banyak kawah di kawasan hemisfera anti-Musytari yang diperoleh daripada kapal angkasa Galileo NASA pada 2001. Struktur hentaman Asgard yang besar terletak di bahagian kanan atas.
Penemuan
Ditemui olehGalileo Galilei
Tarikh penemuan7 Januari 1610
Designasi
Sebutan/kəˈlɪst/
Dinamakan sempenaPari-pari Callisto dalam mitologi Yunani
Nama alternatifMusytari IV
AdjektifCallistoan, Callistonian
Ciri-ciri orbit
Periapsis1 869 000 km
Apoapsis1 897 000 km
Paksi semimajor1 882 700 km
Kesipian0.007 4
Tempoh orbit16.689 018 4 d
Kelajuan purata orbit8.204 km/s
Kecondongan0.192° (kepada satah Laplace tempatan)
SatelitMusytari
Ciri-ciri fizikal
Min jejari2410.3 ± 1.5 km (0.378 Bumi)
Luas permukaan7.30 × 107 km2 (0.143 Bumi)
Isi padu5.9 × 1010 km3 (0.0541 Bumi)
Jisim1.075 938 ± 0.000 137 × 1023 kg (0.018 Bumi)
Min ketumpatan1.834 4 ± 0.003 4 g/cm3
Graviti permukaan khatulistiwa1.235 m/s2 (0.126 g)
Halaju lepas2.440 km/s
Tempoh putaranSegerak
Kecondongan paksiSifar
Albedo0.22 (geometri)
Suhu min purata maks
• K 80 ± 5 134 ± 11 165 ± 5
Magnitud ketara5.65 (pertentangan)
Atmosfera
Tekanan atmosfera7.5 pbar
Komposisi~4 × 108 cm−3 karbon dioksida
sehingga 2 × 1010 cm−3 oksigen molekul(O2)

sunting

Callisto atau juga dikenali sebagai Musytari IV merupakan bulan kedua terbesar bagi planet Musytari dan bulan ketiga terbesar dalam Sistem Suria. Ia dijumpai oleh Galileo Galilei pada tahun 1610 dan namanya berasal daripada nama pari-pari di dalam mitologi Yunani. Daripada segi jarak, Callisto ialah bulan terjauh dalam kalangan bulan Galileo dan ia mempunyai jejari orbit kira-kira 1,880,000 kilometer (1,170,000 bt). Ia tidak membentuk sebahagian daripada resonans orbit yang memberi kesan kepada tiga bulan Galileo yang lain (Io, Europa dan Ganymede) dan oleh itu, ia tidak mengalami pemanasan pasang surut yang ketara. Putaran Callisto adalah segerak dengan revolusinya mengelilingi Musytari, jadi hemisfera yang sama sentiasa menghadap ke dalam di mana Musytari sentiasa kelihatan "berdiri tegak" di langit Callisto. Callisto kurang dipengaruhi oleh magnetosfera Musytari berbanding bulan dalam yang lain kerana orbitnya yang lebih jauh.

Callisto terdiri daripada bahan batuan dan ais yang hampir sama dengan min ketumpatan kira-kira 1.83 g/cm3. Sebatian pada Callisto yang dikesan secara spektroskopik ialah ais air, karbon dioksida, silikat dan sebatian organik. Siasatan oleh kapal angkasa Galileo mendapati bahawa Callisto mungkin mempunyai teras silikat yang kecil dan mungkin juga lautan air cecair di bawah permukaan pada kedalaman lebih daripada 100 kilometer (62 bt).