Call of Duty: Black Ops
| Call of Duty: Black Ops | |
|---|---|
Muka depan versi Amerika Utara | |
| Pembangun | Treyarch n-Space (DS) |
| Penerbit | Activision |
| Pereka bentuk | Mark Lamia (pengarah studio), David Vonderhaar (pengarah seni permain berganda) |
| Penggubah | Sean Murray |
| Siri | Call of Duty |
| Enjin | IW (en) |
| Pelantar | Microsoft Windows, PlayStation 3, Xbox 360, Wii dan Nintendo DS |
| Dilancarkan pada | 9 November 2010 |
| Genre | Penembak orang pertama |
| Mod | Pemain tunggal, Permainan video berganda, co-op mode (en) |
| Anugerah | |
| – British Academy Games Award for GAME Award (en) (16 Mac 2011) | |
| Pautan luar | |
| Tapak sesawang | callofduty.com… |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Call of Duty: Black Ops ialah permainan video penembak orang pertama yang dibangunkan oleh Treyarch, diterbitkan oleh Activision dan telah dikeluarkan pada tarikh 9 November 2010 untuk Microsoft Windows, Xbox 360, PlayStation 3,Wii dan Nintendo DS (versi berasingan dibangunkan oleh n-Space). Permainan ini secara rasmi telah diumumkan pada tarikh 30 April 2010. Ia ialah ansuran ketujuh daripada siri Call Of Duty dan permainan ketiga dalam siri yang dibina oleh Treyarch. Ini ialah susulan bagi judul permainan video sebelumnya iaitu Call of Duty: World at War. Ini ialah yang pertama daripada siri Call of Duty yang mana ia berlangsung dalam era Perang Dingin.
Dalam masa 24 jam, permainan ini telah terjual lebih daripada 7 juta salinan, 5.6 juta di Amerika Syarikat dan 1.4 juta di United Kingdom, memecahkan rekod siri terdahulunya Call of Duty: Modern Warfare 2 sebanyak 2.5 juta salinan. Permainan ini telah dikeluarkan di Jepun pada tarikh 18 November 2010. pada Sekuel Call of Duty: Black Ops II pada tahun 2012.