Calista Flockhart
Calista Flockhart | |
|---|---|
Flockhart di Festival Filem Deauville Amerika 2009 | |
| Kelahiran | Calista Kay Flockhart 11 November 1964 Freeport, Illinois, A.S. |
| Pusat pendidikan | Universiti Rutgers |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1989–kini |
| Pasangan | Harrison Ford (k. 2010) |
| Anak-anak | 1 |
Calista Kay Flockhart (lahir November 1964) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Sebagai pelakon televisyen, beliau terkenal dengan watak tajuk dalam Ally McBeal (1997–2002), Kitty Walker dalam Brothers & Sisters (2006–2011), dan Cat Grant dalam Supergirl (2015–2019). Sebagai pelakon filem, beliau berlakon dalam filem The Birdcage (1996), A Midsummer Night's Dream (1999), dan Things You Can Tell Just by Looking at Her (2000). Flockhart telah menerima Anugrah Golden Globe dan Anugerah Screen Actors Guild, dan telah dicalonkan untuk tiga Anugerah Emmy Primetime. Beliau berkahwin dengan pelakon Harrison Ford.