Cabang mengufuk

Cabang mengufuk (HB; Jawi: چابڠ مڠوفوق) ialah peringkat evolusi bintang yang serta-merta mengikuti cabang gergasi merah dalam bintang yang jisimnya serupa dengan Matahari. Bintang bercabang mengufuk dikuasakan oleh pelakuran helium dalam teras (melalui proses alfa ganda tiga) dan oleh pelakuran hidrogen (melalui kitaran CNO) dalam cangkerang yang mengelilingi teras. Permulaan pelakuran helium teras di hujung cabang gergasi merah menyebabkan perubahan besar dalam struktur bintang, mengakibatkan pengurangan keseluruhan dalam kecerahan, sedikit penguncupan sampul bintang, dan permukaan mencapai suhu yang lebih tinggi.